Get a free hosting or choose from the Best Web Hosting service

Laporan Polis Penerangan PAS Kedah

Laporan polis berkaitan artikel yang disiarkan oleh Wall Street Jurnal telah dibuat oleh PAS Kedah yang diwakili oleh Ketua Penerangan PAS Kedah YB Ustaz Ahmad Bin Yahaya sebentar tadi. Laporan polis itu antara lain mendesak pihak kerajaan menyiasat kebenaran dakwaan Portal berita tersebut. Wall Strest Jurnal dalam laporannya mendakwa sejumlah RM2.67 Billion telah diepositkan oleh syarikat berkaitan 1MDB kedalam akaun peribadi Perdana Menteri di luar negara. PAS Kedah merasakan perlu satu penyiasatan menyeluruh dilakukan bagi membuktikan laporan tersebut adalah palsu dan Dato seri Najib perlu membersihkan namanya demi masa depan negara. Tetapi amat malang jika laporan tersebut benar dan sekiranya benar, maka pihak berkuasa perlu memanjangkan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya. Laporan polis tersebut dibuat di Balai Polis Daerah Kota Setar dan turut disertai Setiausaha Dewan Pemuda Negeri Kedah, Ust Izzat Zakaria serta beberapa orang ahli dan penyokong PAS.

Terakhir Dikemaskini (Ahad, 05 Julai 2015 22:27)

 
Coretan Minda Terkini